Dalam hidup setiap insan pasti inginkan kesempurnaan dan kebahagiaan. Kadang-kadang kerana inginkan kesempurnaan, kita jd tamak dan lupa kita ni insan yang biasa yang punyai byk kelemahan. Dalam mencari kesempurnaan, kalau boleh apa saje yang kita lakukan dan perolehi kita tak nak ada satu pn yang kurang. Contohnya soal kecantikan, semua orang tak kira lh perempuan atau laki, semuanya ingin kelihatan cantik. Setiap insan adalah makhluk ciptaan Tuhan yang indah dan stp insan wajib mensyukurinya. Walaupun dikurniakan rupa paras yang cantik, tubuh badan yang menarik tapi ada gak yang masih tak bersyukur dgn apa yg dianugerahkan Tuhan sehinggakan sanggup berhabis duit untuk kelihatan cantik. Botox, vit. c, susuk, collagen dan ntah mcm2 lg yg aku tak reti nk sebut. Kalau diperhatikan baik2, aku rasa x lh lawa dan secantik mana pn dan kebanyakan yg melakukannya menyesal sbbnya byk keburukan dr kebaikan. entahlah, manusia ni sanggup merana untuk cantik. Tuhan kurniakan akal untuk berfikir. Teringat pulak kata2 seorang teman masa sek. men. dlu, muka si ona ni licin, susah jerawat nk tumbuh. Bila tanya, "produk apa yg kau ". Jawab si ona ni, " aku guna air mutlak je". Mungkin dia bergurau, tp aku perhatikan org2 di sekeliling aku kebanyakan mereka yg kulitnya cantik, x memerlukan produk yg mahal atau hebat. Semua ni anugerah Tuhan, sedangkan waktu remaja dlu, muka aku berjerawat yg teruk. Usaha, x tau nk ckp mcm mane, mcm2 produk aku guna. Akhirnya produk yang murah sgt2 la yg berjaya merawat jerawat aku.pelik! tp aku yakin semua yang berlaku pasti ada hikmah dan rahsia disebaliknya...
Dalam mencari kebahahagiaan pula, setiap insan yang dilahirkan di dunia ini ingin hidup bahagia dan gembira. Perasaan cinta, kasih dan sayang adalah satu perasaan anugerah Tuhan yang tak ternilai. Manusia boleh menjadi bodoh, gila, kejam dan rakus kerana cinta. Kerana cinta juga manusia boleh merana.Bila kita mencintai seseorang, kita ingin memilikinya sepenuhnya, bg kita dia lh segala2nya buat kita. Sedangkan kita lupa dia adalah milik Tuhan sepenuhnya, kita hanya layak memilikinya separuh saje. Sebab 2, bila psgn kita melakukan kesalah, kita sukar menerimanya. Tapi ianya memang sukar dilakukan, bg diriku sendiri apbila aku mencintai seseorang aku ingin memilikinya sepenuhnya, aku menjadi terlalu over protective dan mudah tersinggung dgn kesilapannya. Entah,cinta mmg sukar dimengertikan dan terlalu subjektif untuk diperkatakan. Adakalanya Tuhan menganugerahkan perasaan cinta pada seseorang yang tak sepatutnya. Sebenarnya, Tuhan menguji kita dan memberi pengajaran kepada kita. Contohnya seorang anak dara jatuh hati pada tunangan atau suami org dan sebaliknya untuk lelaki. Perasaan 2 tak salah sbb anugerah Tuhan tp kita dikurniakn akal untuk berfikir baik buruknya jika kita terus melayan perasaan tersebut. Bg yg mempunyai akal fikiran yg waras, dia tau jk dia terus melayan perasaan, banyak kesan yang bakal berlaku. Yang plg penting, insan yang tak berdosa terlibat sama yang akhirnya menyebabkan penderitaan dan penyeksaan fikiran dan batin yang berpanjangan...Apabila seseorang terluka, kesannya dia akan mengingatinya sepanjang hayatnya.
Jika kita dipertemukan dgn seseorang, menyulam kasih bersamanya dan akhirnya tiada jodoh dengannya. Pasrahlh dgn ketentuan Tuhan kerana Tuhan tidak menjadikan sesuatu perkara itu dgn sia2.Pengalamn cinta yg kita dapat dgnnya kita gunakan sbg pengajaran di masa akn dtg bila kita dipertemukan dgn seseorang. Memanglh berat mata yg memandang, berat lg bahu yang memikul. Putus cinta mmg menyakitkan dan menyeksakn. Tp ia bkn lh bermakna hidup kita dh berakhir. W/pn aku tak pernah mengalaminya tp aku dpt rasakan peritnya bila cinta berakhir...Cintailah org menyintai kita dan hargailh cinta yang di depan mata...
Kita adalah insan biasa....
Friday, July 4, 2008
KITA INSAN BIASA
Posted by ABGP at 8:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment